Resipi rendang turun-temurun (Rendang Ayam)

The tender chicken with perfect combination of coconut paste and chili spices, suitable for all time not matter in festival or celebration.

Bahan-bahan

Bahan-bahan:
  • ½ ayam, dipotong 6 – 7 bahagian
Bahan kisar:
  • 15 cili kering
  • 1 ½ biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • 3 batang serai
Bahan lain:
  • 200ml SunBell Santan Kelapa
  • ½ cawan air
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 paket SunBell Kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping
  • 1 ½ sudu besar gula
  • ½ sudu besar garam
  • Minyak masak

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar dan gula secukup rasa. Kacau dan tumis sehingga pecah minyak.

2. Tambahkan SunBell Kerisik, daun limau purut dan juga SunBell Santan dan air. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak dan biarkan mendidih. Masukkan ayam.

3. Masak dengan api yang kecil sehingga ayam empuk, letakkan secubit garam untuk menambah rasa. Masukkan daun kunyit, asam keping dan biarkan kuah rendang memekat. Imbangkan rasa rendang dengan garam dan gula.

4. Hidangkan dengan ketupat dan sambal kacang.

Hidangan: 3 – 4 orang
Masa memasak: 30 minit