SEMUA MENGENAI KELAPA
Apa itu santan?
Santan adalah bahan terkenal yang lazim digunakan dalam masakan Asia Tenggara; dari Thailand untuk masakan tom yum gung sehinggalah ke Malaysia untuk hidangan nasi lemak. Santan amat baik digunakan untuk menambah kepekatan dalam hidangan bagi menikmati rasanya yang lebih asli.
Tahukah anda?
Santan bukan hanya biasa digunakan di negara Asia; malah, ia telah digunakan secara meluas di seluruh tujuh benua. Penduduk imigran Hawaii yang berasal dari Jepun telah mencipta resipi turun-temurun untuk ikan dan kelapa. Negara Somalia pula mempunyai resepi mereka yang tersendiri untuk hidangan pencuci mulutnya yang juga dikenali sebagai Qumbe. Santan digemari ramai kerana kegunaannya yang boleh dimasak untuk apa sahaja hidangan dan untuk mengharumkan masakan bagi setiap santan yang ditambah.

Apakah kelebihan Kerisik?
Kerisik kebanyakannya digunakan dalam masakan Melayu, terutamanya semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia juga didatangkan bersama masakan tradisional yang lain seperti nasi impit, sambal kacang, dan hidangan yang paling terkenal, iaitu, rendang. Kebanyakan mereka menggunakan kerisik dan santan kelapa bukan sahaja untuk menyedapkan rasa dan memberikan bau yang menyenangkan, malah ia juga mengundang nostalgia lalu.
Adakah santan hanya digunakan untuk hidangan lauk-pauk?
Tidak, sudah tentu tidak! Pencuci mulut seperti kuih pelita dan kuih lapis terkenal dengan santan sebagai bahan utamanya. Lapisan putih yang lazat biasanya diperbuat daripada santan dan gula, tiada lagi ramuan lain!

Bolehkah susu digantikan dengan Santan?
Santan bukanlah air kelapa, jadi, santan sebenarnya amat sesuai digunakan dalam apa-apa jenis hidangan selain daripada hidangan masakan Asia. Menggantikan susu dengan santan akan menambah baik rasa dan menukar sedikit resipi lama dengan rasa yang berlainan. Cubalah sendiri!

Adakah aantan hanya digunakan untuk hidangan lauk-pauk?